Dua bulan lepas aku banyak berkampung kat Cyberjaya. Kesian kat bini aku asyik balik lewat je atau kena menumpang sepupu dia bila time balik kerja. Takpelah kan. Berkorban sikit. Hehehe. Tapi ni dah kurang dah aku balik lewat malam. Actually seronok juga buat kerja kat Cyber ni. Tak 'jam', tempat makan pun best. Paling best perkena kambing la. Sini kalau korang nak tahu memang banyak la kedai pak-pak Arab. Harga pun murahlah. Makanan dia pun best. Kalau korang nak datang, aku cadangkan cari nama kedai Saba'. Time lunch memang penuh tak ingat la. Pukul 12 tengah hari dia baru bukak kedai. Tapi 11.45 pagi orang dah beratur dah kat luar. Siap ada customer tolong susun-susunkan meja sebab takut orang lain kebas dulu. Malam pun penuh gak.
Blog Archive
Blogroll
"Eh mana aci. Aku kerja teruk-teruk tapi bonus tak setimpal dengan apa yang aku usaha," bisik hati kecilku.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa. Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa. Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin. “Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi. Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.” Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP Sumber: Utusan Online Nota: Venezuela yang bukan negara Islam pun mampu mengambil tindakan berani sebegini terhadap Israel. Negara Islam yang lain?CARACAS 7 Jan. – Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.
Lebih daripada 30 saluran boleh didapati, dari segmen berita hingga hiburan, filem dan drama, dan juga sukan. Susunan saluran tersebut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Anda hanya perlu memuat turun pemain dari www.hypp.tv dan kurang daripada 5 minit, pemain anda telah tersedia untuk anda menonton tv.
Yuran langganan untuk Hypp.tv ini ialah RM 9.90 setiap bulan. Tetapi bermula dari sekarang hingga 15 Januari nanti, siaran Hypp.tv adalah percuma!
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Sila layari www.hypp.tv sekarang dan nikmati saluran-saluran yang menarik, servis interaktif dan pelbagai aktiviti ‘online’ lain sebelum ketinggalan!
Hohoho.. sekali kena tag daa dengan bini aku. Alasannya sebab aku tak update blog. Yeke? Hehehe :p Bukan apa, malas pulak rasa. Tak apalah ambil mood tahun baru 2009 ni untuk update blog.
1) Do you think you’re hot?
Hot? Hot=Panas. A’aa.. tengah panas ni. Dah berapa hari tak hujan. Berpeluh ni…
2) Upload your favourite picture of you.
Mana boleh~ Rahsia..
3) Why do you like that picture?
Nampak romantic (korang bayangkan je la)
4) When was the last time u ate pizza?
Pizza? Tak ingatlah. Tapi rasanya lebih dari 2 bulan kot.
5) The last song u listened to?
Di Pondok Kecil. Oleh Kumpulan Ae Man feat Bazli UNIC
6) What are u doing right now besides this?
Manja2 dengan bini~ Hehehe. Jangan fikir bukan-bukan.
7) What name would u prefer besides yours?
Dulu terbaca diari ayah aku. Antara nama pilihan dia, Rizal. Macam best
People I tag :
1.Celine Dion
2.Backstreet Boys
3.Murid-murid kelas tahun 6
4.Tun Dr Mahathir
5.George W. Bush
6.Pak Lah
7. Sape-sape jelah
8) Who is no.1?
Penyanyi favourite wife aku. Tak pasal-pasal aku pun terminat jugak.
9) Who is no.2?
Ni pun sama gak. Minat gegilar. Boleh hafal semua lagu diorang. Dasyhat2x..
10)Say something about no.5.
Pemimpin paling malu aku rasa untuk abad ini. Hanya layak dibaling kasut instead of jambagan bunga bila nak pencen ni. Hehehe
11)How about no.4?
Che Det. Harap sangat nak jumpa dia. Nak sembang-sembang kat Kedai Kopi, sambil tanya situasi politik kat
12)Who is no.3?
Dah lama tak jumpa diorang ni. Apa khabar la agaknya. Mungkin dah ada yang berkahwin macam aku kot :p Hehehe.
13) Who is no.6?
Perdana Menteri
14) How about no.7?
Dah baca?

KUALA LUMPUR: Samping songket berharga RM3,000 bermotif bunga kesidang, berwarna hitam dan diikat stail Allahyarham P.Ramlee akan dipakai buat pertama kalinya oleh Datuk Shah Rukh Khan ketika menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) Sabtu ini di Dewan Seri Negri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi.
Samping songket rasmi negeri Melaka bermotif bunga kesidang itu belum pernah dipakai oleh mana-mana penerima gelaran ‘Datuk’ lagi.
Ini disahkan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Datuk Kapt (B) Ab. Karim Sulaiman di sebuah sidang akhbar tengahari tadi di Pejabat Soverign Wear Sdn Bhd, Sri Hartamas.
“Jadi, Shah Rukh Khan merupakan orang pertama yang menggunakannya kerana tahun ini kita baru mula gunakan songket tersebut untuk penerima gelaran ‘Datuk’,” kata Ab Karim mengenai samping yang berharga kira-kira RM3,000 itu.
Tambah beliau, Shah Rukh Khan akan mengenakan samping mengikut stail Allahyarham P. Ramlee dan dipakai bersama bengkungnya sekali.
Samping itu pula akan diikat oleh pihak Institut Seni Malaysia Melaka (ISMA), yang juga menaja samping itu.
Ab. Karim ditugaskan untuk mengiringi Shah Rukh Khan semasa upacara tersebut berlangsung nanti.
Shah Rukh yang dianugerahkan gelaran‘Datuk’ pada bulan Oktober tahun ini juga bakal mengenakan baju Melayu cekak musang berbutang lima.
Anugerah itu nanti akan disampaikan oleh Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaacob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 1,000 orang tetamu kehormat.
Manakala persalinan baju Melayu disediakan oleh pereka dan penaja baju dari butik Sovereign Wear Sdn Bhd.
Menurut pengarah urusan Huzry Fionnawatty Hussein yang bertindak selaku pereka dan penaja baju tersebut, baju Melayu Shah Rukh itu akan menggunakan fabrik ‘Italian crepe’ berwarna hitam bersama songkok.
Tambahnya, harga baju Melayu tersebut dianggarkan berharga dalam lingkungan RM550 sepasang kerana fabriknya berharga dalam RM85 semeter.
Difahamkan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam baru saja memaklumkan untuk menempah baju tersebut semalam ketika beliau berada di Paris.
“Saya berasa gembira dan dihargai apabila diberi peluang oleh kerajaan negeri Melaka.
"Ia merupakan cabaran buat kami untuk menyiapkan baju tersebut dalam masa yang singkat sebelum esok. Kami akan buat yang terbaik,” kata Huzry yang sudah beberapa kali menerima tempahan dari kerajaan negeri Melaka untuk upacara istiadat.
Mengenai ukuran badan Shah Rukh, Huzry berkata pihaknya membuat anggaran berdasarkan ketinggian aktor bertubuh sasa 5 kaki 8 inci.
"Itu pun kami lebihkan setengah inci pada setiap ukuran seperti di lengan dan dada kerana lebih molek begitu untuk baju Melayu," jelasnya.
Jelasnya lagi, "Insya Allah baju Melayu itu akan siap sepenuhnya pada esok hari."
Sebelum ini, Sovereign Wear yang ditubuhkan sejak lebih dua tahun itu pernah menerima tempahan pakaian daripada menteri dan timbalan menteri seperti Datuk Seri Ali Rustam, Datuk Noh Omar dan Datuk Noraini Ahmad.
Kata Huzry, disebabkan mereka berbesar hati dengan penghormatan yang diberikan oleh kerajaan negeri Melaka ini, pihaknya akan menghadiahkan sahaja baju tersebut kepada pelakon popular filem Kuch Kuch Hota Hai itu.
Sumber Berita: Mstar Online
Nota: Apa pandangan korang? Aku hanya mampu tersenyum dan mengelengkan kepala (^_^) Kenapa? Lu fikirlah sendiri....
