Travelog 2: Ekspres Senandung Langkawi

on Thursday, April 19, 2012

Masa pulang ke kampung pada Jumaat lepas, aku sekeluarga pilih untuk naik bas. Ini semua gara-gara anak sulung aku, Muhammad 'Aqil yang beria-ria nak naik bas bila kami hantar mak dan ayah aku pulang ke Kedah bulan lepas. Pantang nampak bas mesti dia akan cakap, "Abi nak bas". Nak tak nak kenalah penuhi hajat dia. Kalau tak, mahunya sampai tahun depan dia akan cakap benda yang sama. Mak aku cadangkan supaya ambil bas Pancaran Matahari sebab ruang antara tempat duduk luas berbanding Sani Ekspres. Bolehlah nak lunjurkan kaki bila nak tidur atau kebas kaki nanti. 






Pada mulanya aku dan isteri rancang untuk ambil tiga tempat duduk termasuk tempat duduk untuk Aqil. Bila kerani di kaunter beritahu yang harga tiket kanak-kanak sama dengan tiket dewasa, terpaksalah batalkan hasrat nak ambil tiga kerusi. Terpaksalah aku dukung 'Aqil sepanjang perjalanan dan isteri aku dukung Nuha. Kami ambil tiket untuk perjalanan jam 10.00 malam. Kenapa malam? Sebabnya 'Aqil tak boleh duduk diam bila waktu siang. Dia akan buat rondaan satu bas, periksa setiap penumpang sebelum kepenatan lalu tidur. Jadi untuk 'potong' dua 'aktiviti tidak berfaedah' itu, kami terpaksa balik malam. 

Alhamdulillah bila naik bas hari Jumaat itu, 'Aqil dengan Nuha tak adalah buat perangai sangat. Cuma masing-masing teruja naik bas. Terutamanya 'Aqil. Muka senyum sahaja. Ada sahaja soalan, "Abi, apa tu?". Seronok tengok dia. Kali terakhir kami naik bas rasanya masa 'Aqil baru dapat 'kaki'. Masa itulah dia berjalan pusing satu bahagian bawah bas itu. Nasib baik masa itu hanya ada kami bertiga yang duduk di bahagian bawah. 

Kami balik semula ke Kuala Lumpur dengan pengangkutan awam yang paling diminati oleh isteri aku iaitu keretapi. Ini kali keempat kalau tak salah aku kami menggunakan keretapi untuk balik dari atau ke Kedah. Satu-satunya tren yang bergerak dari Alor Star ke KL Sentral adalah Ekspres Senandung Langkawi bernombor SL 21. Tren SL 21 bermula dari Hatyai, Thailand dan berakhir di KL Sentral. Ada satu lagi tren bernombor SL 20 yang bermula dari KL Sentral dan berakhir di Hatyai. Ekspres Senandung Langkawi  hanya ada satu trip setiap hari bagi satu-satu tren. Bagi tren nombor SL 20, tren akan berlepas dari KL Sentral pada jam 9:20 pm dan dijangka tiba di Hatyai pada jam 9:27 am (waktu Thailand) keesokan harinya. Tren SL 21 pula akan bergerak dari Hatyai pada jam 4:00 pm (waktu Thailand) dan dijangka tiba di KL Sentral pada jam 5:30 am keesokan harinya. 

Ada 4 koc untuk Ekspres Senandung Langkawi ini. ASC (Air-conditioned Second Class),  AEC (Air-conditioned Economy Class), ADNS (Air-conditioned Day-Night Sleeper) dan ADNFB (Air-conditioned Day-Night First Class Berth). Harga dan gambaran bagi setiap koc adalah seperti di bawah. Ini adalah harga bagi perjalanan dari Alor Setar ke KL Sentral. Untuk harga bagi destinasi lain, boleh rujuk di website KTMB E-Ticket. Pembayaran di KTMB E-Ticket hanya menggunakan kad kredit. Mungkin selepas ini pihak KTMB boleh menambaik baik sistem dengan memasukkan cara pembayaran yang lain.


Sumber: KTMB E-Ticketing Website


Koc yang kami selalu ambil ialah koc ADNFB. Kabin yang mempunyai dua katil, atas dan bawah. Selain itu ada sinki, meja dan satu kerusi. Oh ya, ada juga sebuah TV flat screen yang sentiasa menayangkan cerita yang sama setiap kali kami naik iaitu Black Screen (rosak atau tak boleh gunalah). Koc ADNFB ini pula hanya ada 8. Kalau ada yang merancang untuk balik ke kampung masa cuti sekolah atau musim perayaan, kenalah tempah cepat-cepat. Takut habis. Nasihat aku ambil koc nombor 1 atau nombor 8 sebab dekat dengan pintu keluar/masuk tren. Senang juga untuk ke tandas. Koc ini juga bersebelahan dengan koc kantin. Kalau lapar tengah malam, bolehlah pergi makan atau minum di kantin. Tapi nasihat aku lagi, baik beli makanan dan minuman sebelum naik tren sebab harga di kantin agak mahal.


Koc ADNFB yang amat selesa. 


Tren kami tiba di Alor Setar dari Hatyai pada pukul 7:49 pm. Masa ini sudah nampak muka teruja Muhammad 'Aqil. Muka ibu dia pun samalah. Cuma dilindungi oleh suasana gelap masa itu. Jadi tak nampak sangat. Masuk sahaja kabin, aktiviti penerokaan bermula. Kali ini 'Aqil ditemani oleh Nuha Farhana. Sekejap dia naik atas kerusi, meja, sinki dan katil atas. Bila keadaan sudah tidak terkawal, terpaksalah aku buka komputer riba dan pasang cerita Mars Need Mom. Tapi tak tahan lama sebab bateri habis. Aduh. Bila dah penat, masing-masing dah terlentok atas katil bawah. Terpaksalah abi dia yang gagah perkasa ini angkat Muhammad 'Aqil naik ke katil atas. Nuha pula tidur dengan ibu di katil bawah. 


Tren tiba di KL Sentral jam 6:00 am. Setengah jam lewat dari masa yang sepatutnya tiba. Aku tak galakkan bagi sesiapa yang nak naik tren dengan harapan untuk tiba atau bertolak tepat pada masanya. Sedangkan komuter pun selalu tersasar masa, inikan pula tren antarabandar. Tapi aku amat galakkan bagi sesiapa yang ingin merasai kelainan dalam suasana balik kampung untuk menaiki tren Ekspres Senandung Langkawi ini. Memang berbaloi-baloi.









Ranking: 5

10 comments:

  1. salam. timer kasih atas kongsi pengalaman ini. mmg saya tgh duk survey nak balik kedah naik tren ni. saya nak bertanya,kalau tak keberatan lah. kalau 2 dewasa dan 2 kanak,nak ambik 1st class, perlu beli tiket 2 dewasa 2 kanak2 ke atau just beli 2 dewasa dan anak2 just tumpang katil kita jer.tgh kompius ni.tq

    ReplyDelete
  2. Salam. Selalunya kitaorang ambil 2 tiket dewasa since anak-anak masih kecil lagi (bawah 3 tahun). So diorang tak dikira tiket. But kalau anak dah besar (more than 12 years old) rasanya akan jadi masalah bila KTMB check tiket :) Tambah pulak katil tu agak sempit untuk dikongsi. Hope can help u..

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya konfius dgn harga koc. Xsilap dr blog2 blogger yg buat trip ke hatyai, ada yg kata sleeper koc dr kl sentral ke hatyai rm60. Yg tu koc yg mana pulak? Atau harga telah bertukar? Dan xsilap ada koc yg ada tmpt mandi,kan? Berapa pula harganya? Atau saya salah faham? Lastly, bolehkah kita naik di stesen Sg Buloh kalau nak ke Hatyai? Atau mesti naik di KL Sentral jugak? Hrp dpt br saya penerangan sikit. T/Kasih..

    ReplyDelete
  4. Aida Awie -> Sleeper koc untuk ke utara ni ada dua, satu koc ADNFB dan satu lagi koc ADNS. Koc ADNFB ni lebih privacy sebab dia macam bilik hotel kecil. Boleh tengok gambar di atas. Harga dia juga ada dalam gambar di atas. Koc ADNFB ni takde tempat mandi. Yang ada cuma pili dan sinki yang boleh ditutup. Cukuplah sekadar nak gosok gigi basuh muka. Koc yang ada tempat mandi saya tak pasti. Mungkin tu koc lain. Koc ADNS pula macam hostel. Kiri kanan laluan diletakkan katil double decker dan ada tirai. Tapi kurang privacy sebab orang boleh lalu lalang. Harga terkini boleh rujuk ke link KTMB https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/

    ReplyDelete
  5. nak tanya, kalau ada anak 3, umur 4, 7, 11 tahun, so kena beli dua tiket dewasa utk ibu bapa dan 3 tiket kanak2.. tapi kalau satu coach ada dua katil, macamana anak sorang lagi ek?

    ReplyDelete
  6. Anonymous -> Macam saya sendiri saya ada anak berumur 4 tahun dan 2 tahun. Saya cuma ambil tiket dua dewasa sahaja memandangkan mereka boleh berkongsi katil dengan saya dan isteri. Bagi situasi tuan, mungkin boleh ambil 2 tiket dewasa (ibu bapa) dan 2 tiket kanak-kanak. Anak seorang lagi tak perlu. Ambil coach sebelah2x. Nanti senang nak plan tidur macam mana :)

    ReplyDelete
  7. kalau macam saya sekarang...nak naik dengan 2 anak yang 4 tahun dan satu satu tahun...kami bertiga...jadi ? wajib beli 2 tiket jugak ke macam mana?kalau saya amik 1 katil je...satu lagi katil atas akan diamik org lain la ya?

    ReplyDelete
  8. Mummy Nurul -> Kalau saya, saya akan ambil 2 katil dan bayar tiket satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Kalau puan ambil satu sahaja tiket, katil satu lagi akan dibuka kepada orang lain.

    ReplyDelete
  9. Salam. Kalau sy ada anak dua 9 n 6 thn muat ke katil tu? Tq

    ReplyDelete
  10. Good information...mmg ngam2 tgh survey nihh...:)

    ReplyDelete

 
© Antara Keyboard Dan Tetikus | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO